Bekas penyerang skuad kebangsaan Perancis, Karim Benzema mendapat kritikan hebat susulam beliau secara terbuka memberikan sokongan terhadap Palestine.

Menerusi laman media sosial miliknya, Benzema menulis beliau mendoakan agar semua mangsa pencerobohan regim Zionis diberi kekuatan dalam menghadapi dugaan yang dihadapi ketika ini.

“Doa kami bersama penduduk Gaza tak kira kanak-kanak ataupun wanita yang menjadi mangsa pencerobohan serta pengeboman oleh regim Zionis,” tulis Karim Benzema di laman media sosial X.

Perkara ini nyata tidak disenangi oleh beberapa pihak terutamanya bekas penjaga gol Israel iaitu Dudu Aouate dimana beliau mengkritik tindakan Benzema.

Aouate pernah beraksi dalam saingan La Liga selama 11 musim bersama Racing Santander, Deportivo La Coruna dan Real Mallorca. Penjaga gol itu kemudiannya membalas mesej Benzema dengan kata-kata kasar yang mana beliau menggunakan lima bahasa berbeza untuk memaki bekas pemain Real Madrid itu.

“Anda sememangnya anak perempuan jalan!,” tulis Aouate.

Selain Benzema, beberapa pemain lain turut memberikan sokongan terhadap Palestine seperti Mouctar Diakhaby, Hakim Ziyech, Mohamed Elneny, Ahmed Abdel Kader, Musa Al-Taamari, Zakaria Aboukhlal, Aliou Dieng dan Nassir Mazraoui.

Konflik itu kekal sebagai isu perbalahan yan gkompleks di seluruh dunia, dengan serangan oleh Hamas di Palestin sepanjang minggu lalu mengakibatkan pembunuhan dan penculikan ratusan warga Israel.

Sebagai tindak balas, kerajaan Israel telah melakukan sekatan, sekatan, dan serangan udara lebih lanjut di Semenanjung Gaza, menjejaskan rakyat Palestin dan menyebabkan ratusan ribu orang kehilangan tempat tinggal.